SMK Marudi,Baram

SMK Marudi,Baram
Maju,Terus,Maju

Selamat Datang...

Perjuangan Mencari ilmu memerlukan pengorbanan...tiada kejayaan tanpa pengorbanan..berusahalah selagi kudrat masih ada,jangan persiakan peluang yang ada

Thursday, May 31, 2012

Penulisan Esei Kenegaraan 2012

PERADUAN MENGARANG ESEI KENEGARAAN 2012

KATEGORI PELAJAR
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Penyertaan dibuka kepada Pelajar Sekolah Menengah Atas (Tingkatan Empat hingga Enam Atas), warganegara Malaysia yang menetap di Sarawak dan berusia 16 tahun ke atas;

2. Peraduan adalah terbahagi kepada tiga (3) kategori bahasa, iaitu:

- 2.1 Bahasa Melayu
2.2 Bahasa Inggeris
-2.3 Bahasa Iban

3. Seorang peserta hanya dibenarkan menyertai satu (1) kategori bahasa sahaja;

4. Penulisan hendaklah berdasarkan kepada salah satu tajuk yang ditetapkan;

5. Peserta yang pernah memenangi tempat pertama, Peraduan Mengarang Esei Kenegaraan 2011 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak bagi mana-mana kategori tidak dibenarkan menyertai Peraduan Mengarang Esei Kenegaraan 2012;

6. Peserta dilarang sama sekali menyentuh soal peribadi seseorang atau agama serta hal-hal sensitif yang lain dalam penulisan;

7. Setiap esei hendaklah asli dan bukan diciplak daripada mana-mana sumber dan penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan yang diragui keasliannya;
8. Setiap esei diwajibkan  menyenaraikan sumber-sumber rujukan;


9. Penyertaan daripada pelajar hendaklah mendapatkan
pengesahan daripada pengetua sekolah masing-masing;


10. Esei hendaklah tidak kurang daripada
1,300 dan tidak melebihi 1,500 patah perkataan dan ditaip di atas kertas A4 menggunakan komputer, langkau dua (double spacing) menggunakan font "Arial", saiz 12. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan dan setiap muka surat mestilah bernombor;

11. Borang penyertaan boleh didapati di Pejabat Penerangan Bahagian/Daerah atau Pusat Maklumat Rakyat (PMR) di seluruh negeri Sarawak atau dimuat turun dari Laman Web Jabatan Penerangan Malaysia, Negeri Sarawak dengan melayari http://www.penerangan.gov.my. ;

12. Setiap esei hendaklah dihantar dalam bentuk ’hard copy’ dan ’soft copy’ (dalam CD) bersama-sama borang penyertaan yang telah lengkap diisi terus kepada Urus Setia;

13. Soft copy’ esei boleh juga dihantar melalui emel ke alamat emel eseipdn@gmail.com;


14. Setiap penyertaan hendaklah sampai kepada Urus Setia, Peraduan Mengarang Esei Kenegaraan 2012, Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak, Jalan Diplomatik off Jalan Bako, Petra Jaya, 93050 Kuching sebelum atau pada 29 Jun 2012. Esei yang lewat diterima akan ditolak;

15. Esei yang dihantar tidak akan dikembalikan kepada penulis dan akan menjadi hak milik Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak;

16. Bukti pos bukanlah bukti penerimaan kepada pihak urus setia;

17. Anggota Jabatan Penerangan Malaysia serta ahli keluarga yang terdekat (suami/isteri/anak-anak) tidak dibenarkan menyertai peraduan ini;

18. Penyertaan akan dihakimi oleh panel penilai yang dilantik oleh Jabatan Penerangan Malaysia dan segala keputusan panel penilai dan urus setia adalah muktamad.

No comments: