SMK Marudi,Baram

SMK Marudi,Baram
Maju,Terus,Maju

Selamat Datang...

Perjuangan Mencari ilmu memerlukan pengorbanan...tiada kejayaan tanpa pengorbanan..berusahalah selagi kudrat masih ada,jangan persiakan peluang yang ada

Wednesday, May 02, 2012

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 6

Pendaftaran Tingkatan 6

  • Pendaftaran pelajar baru Tingkatan Enam Bawah tahun ini adalah pada 8 Mei 2012 (terima kasih kerana berkongsi maklumat ini).
  • Mereka yang terpilih perlu mencetak surat tawaran secara online dan membawanya semasa mendaftar nanti.
  • Mereka yang sedang menunggu tawaran daripada UPU, perlu melapor diri di sekolah yang ditetapkan.

Rayuan Tingkatan 6

  • Mereka yang tidak mendapat tawaran ke Tingkatan 6 ini boleh membuat rayuan ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan melalui pengetua sekolah asal murid dengan mengunakan Borang T6BKK.
  • Syarat-syarat untuk membuat rayuan belum dimaklumkan tetapi sebagai panduan umum boleh rujuk yang dikeluarkan sebelum ini di Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6.

Pertukaran Jurusan

  • Mereka yang ingin menukar jurusan yang ditawarkan perlu membuat permohonan.
  • Permohonan pertukaran jurusan hendaklah dikemukakan melalui Pengetua Sekolah kepada Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.

Pertukaran Sekolah

  • Dalam Negeri – mengikut tatacara biasa dan diputuskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
  • Antara Negeri – pemohon perlu melapor diri terlebih dahulu di sekolah pusat Tingkatan Enam di mana murid telah ditempatkan, dan membuat permohonan pertukaran antara negeri melalui Pengetua sekolah tersebut seperti biasa.

PLKN

  • Bagi mereka yang sedang menghadiri kursus Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan mendapat tawaran Tingkatan 6 perlu memaklumkan kepada sekolah yang telah ditempatkan untuk pendaftaran lewat selepas tamat kursus PLKN.
  • Mereka yang terpilih ke PLKN Fasa 2 dan Fasa 3 dinasihatkan membuat permohonan penangguhan daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara.

Matrikulasi

  • Mereka yang telah ditawarkan pengajian ke Kolej Matrikulasi tidak akan ditawarkan untuk memasuki Tingkatan 6. Jika pelajar berkenaan menolak tawaran ke Kolej Matrikulasi dan ingin masuk ke Tingkatan 6, mereka perlulah membuat permohonan.

Maklumat

  • Sila rujuk komen-komen di Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6 2010, Semakan Tawaran Ke Tingkatan Enam Bawah 2010, 2011 dan Pandangan Mengenai Tingkatan Enam sebagai panduan.
  • Jika mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pengambilan kemasukan ke Tingkatan 6, sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri yang terdekat atau mana-mana sekolah yang ada menawarkan kelas Tingkatan 6.
  • Sebarang pertanyaan juga boleh dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 03-8884 9370.

1 comment:

Kaori Hanako said...

Yang rasa tak boleh buang perangai buruk tu..dinasihatkan fikir dulu sebelum masuk...Jangan jadikan diri anda perosak imej sekolah dengan perangai buruk anda...kalau rasa tak boleh ditegur dan dimarah..jangan masuk SMK..buat sekolah sendiri...fullstop