SMK Marudi,Baram

SMK Marudi,Baram
Maju,Terus,Maju

Selamat Datang...

Perjuangan Mencari ilmu memerlukan pengorbanan...tiada kejayaan tanpa pengorbanan..berusahalah selagi kudrat masih ada,jangan persiakan peluang yang ada

Tuesday, April 02, 2013

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Universiti Sains Malaysia


Sidang Akademik 2013/2014 Seksyen Pengambilan Pelajar |UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SYARAT AM
Kelayakan Minimum STPM
Syarat Am Universiti
 Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia Kertas Julai,
dan
 Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat PNGK dan gred yang
baik mengikut KEPERLUAN KHAS program pengajian,
dan
 Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET),
Kelayakan Minimum Matrikulasi / Asasi
Syarat Am Universiti
 Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia Kertas Julai;
dan
 Lulus Matrikulasi / Asasi dengan mendapat PNGK dan gred yang baik mengikut KEPERLUAN KHAS
program pengajian,
dan
 Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET),
Kelayakan Minimum Diploma / Setaraf – IB, AUSMAT, A Level dan lain-lain
Syarat Am Universiti
 Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia Kertas Julai.
Dan
 Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA.
atau
 Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2011 atau sebelumnya
dengan mendapat PNGK dan gred yang baik mengikut KEPERLUAN KHAS program pengajian.
atau
 Lulus peperiksaan Matrikulasi / Asasi tahun 2011 atau sebelumnyadengan mendapat PNGK
dan gred yang baik mengikut KEPERLUAN KHAS program pengajian.
 DAN
 Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET)
atau kelayakan setara.
Nota:
Pengecualian daripada beberapa mata pelajaran yang berkaitan boleh diberi tertakluk kepada
keputusan peperiksaan dan perakuan Pusat Pengajian. Sidang Akademik 2013/2014 Seksyen Pengambilan Pelajar |UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
 m/s: 2 drp 100 
SYARAT KHAS(i) ProgramPengajian
(ii) Kod
 (iii) Tempoh Pengajian
Kelayakan Minimum
STPM
Kelayakan
Minimum
Matrikulasi /
Asasi
Kelayakan Minimum Diploma /
Setaraf – IB, AUSMAT,
A Level dan lain-lain
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
Ijazah Sarjana Muda Sastera
dengan Pendidikan
(Kepujian)
ST01
8 Semester
Pengkhususan:
Bahasa Malaysia, Geografi, Sejarah
Guru terlatih tidak layak
memohon program ini.
Memenuhi Syarat Am
Universiti serta
KEPERLUAN KHAS
PROGRAM
i. Lulus Peperiksaan Sijil
Tinggi Persekolahan
Malaysia (STPM) dengan
mendapat sekurangkurangnya PNGK 3.00
DAN
Pengkhususan : Bahasa
Malaysia
ii. Mendapat sekurangkurangnya Gred B (NGMP
3.00) pada peringkat
STPM dalam mata
pelajaran berikut:
 Pengajian Am
 Bahasa Malaysia
 Mana-mana satu (1)
mata pelajaran
berikut:
 Geografi
 Sejarah
 Ekonomi
 Kesusasteraan
Melayu
 Literature in English
 Mathematics S
 Perakaunan
 Pengajian Perniagaan
ATAU
Pengkhususan : Geografi
ii. Mendapat sekurangkurangnya Gred B (NGMP
3.00) pada peringkat
STPM dalam mata
pelajaran berikut:
 Pengajian Am
 Geografi
 Mana-mana satu (1)
mata pelajaran
berikut:
 Bahasa Malaysia
 Sejarah
 Ekonomi
 Kesusasteraan
Melayu
 Literature in English
 Mathematics S
 Perakaunan
- TIDAK
DITAWARKAN -
Memenuhi Syarat Am
Universiti serta
KEPERLUAN KHAS PROGRAM
Memiliki Diploma dalam bidang
berkaitan dengan kursus yang
dipohon ;
Mendapat sekurang-kurangnya
PNGK 3.00
(Sertakan transkrip akademik
daripada semester satu hingga
semester akhir)
ATAU
Mempunyai kelulusan lain yang
diiktiraf setaraf dengannya dan
diperakukan oleh Senat Universiti.
ATAU
Bagi calon lepasan STPM tahun
2011 atau sebelumnya:
Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia (STPM)
dengan mendapat sekurangkurangnya PNGK 3.00
Dan
Pengkhususan : Bahasa
Malaysia
Mendapat sekurang-kurangnya
Gred B (NGMP 3.00) pada
peringkat STPM dalam mata
pelajaran berikut:
 Pengajian Am
 Bahasa Malaysia
 Mana-mana satu (1) mata
pelajaran berikut:
 Geografi
 Sejarah
 Ekonomi
 Kesusasteraan Melayu
 Literature in English
 Mathematics S
 Perakaunan
 Pengajian Perniagaan
ATAU
Pengkhususan : Geografi  Pengajian Perniagaan
ATAU
Pengkhususan : Sejarah
ii. Mendapat sekurangkurangnya Gred B (NGMP
3.00) pada peringkat
STPM dalam mata
pelajaran berikut:
 Pengajian Am
 Sejarah
 Mana-mana satu (1)
mata pelajaran
berikut:
 Bahasa Malaysia
 Geografi
 Ekonomi
 Kesusasteraan
Melayu
 Literature in English
 Mathematics S
 Perakaunan
 Pengajian Perniagaan
DAN
iii. Lulus temu duga
Mendapat sekurang-kurangnya
Gred B (NGMP 3.00) pada
peringkat STPM dalam mata
pelajaran berikut:
 Pengajian Am
 Geografi
 Mana-mana satu (1) mata
pelajaran berikut:
 Bahasa Malaysia
 Sejarah
 Ekonomi
 Kesusasteraan Melayu
 Literature in English
 Mathematics S
 Perakaunan
 Pengajian Perniagaan
ATAU
Pengkhususan : Sejarah
Mendapat sekurang-kurangnya
Gred B (NGMP 3.00) pada
peringkat STPM dalam mata
pelajaran berikut:
 Pengajian Am
 Sejarah
 Mana-mana satu (1) mata
pelajaran berikut:
 Bahasa Malaysia
 Geografi
 Ekonomi
 Kesusasteraan Melayu
 Literature in English
 Mathematics S
 Perakaunan
 Pengajian Perniagaan
DAN
Lulus temu duga

Wednesday, March 27, 2013

Senarai Universiti Awam Di Malaysia.



Senarai Universiti Awam Di Malaysia.


http://www.etawau.com/edu/IndexUniversityGovernment.htm

Halatuju Selepas SPM dan STPM


Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) telah pun di umumkan Isnin yang lepas dan tidak lama lagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula menyusul. Bagi yang menerima keputusan baik pasti akan gembira manakala yang tidak bernasib baik dengan keputusan diperoleh tidak perlu kecewa kerana ia bukan akhir sebuah kehidupan.
Ramai yang menganggap kedua-dua peperiksaaan ini adalah akhir kepada proses persekolahan. Walau pun kenyataan itu ada pakainya tetapi ia sebenarnya adalah permulaan kepada satu lagi proses pembelajaran.
Persoalannya, ke mana lepasan SPM dan STPM selepas ini. Individu yang bercita-cita tinggi, sudah tentu merancang landasan yang ingin diikuti. Mereka yang masih kabur dan tidak jelas hala tuju, ada baiknya melihat peluang yang boleh diambil.
Namun dalam memilih kursus sebaiknya tanya diri sendiri apa yang dimahukan, bak kata pepatah, tepuk dada tanya iman kerana anda sendiri yangmenghadapi dan menentukannya.
Ada juga ramai ibu bapa yang akan campur tangan dalam pemilihan kursus untuk anak mereka bagi melanjutkan pelajaran. Kebanyakkan ibu bapa yang mempunyai anak cemerlang lebih selesa jika anak mereka memilih pengajian tradisi yang dianggap ‘mampu menjana kemewahan’ pada kemudian hari seperti bidang perubatan dan perundangan.
Kini zaman telah berubah, jika di zaman 80-an dan 90-an, bidang kejururawatan hanya untuk pelajar perempuan tetapi
telah dibuka untuk pelajar lelaki dan semakin ramai yang menceburinya. Bagi yang masih tidak tahu kursus apa yang ingin dipilih dan dipelajari, dapatkan pandangan ibu bapa, abang, kakak, sepupu atau rakan.
Bandingkan keputusan SPM atau STPM anda dengan cadangan yang diberikan dan buat kajian mengenai kursus berkenaan supaya anda mendapat gambaran mengenainya. Pilih mana yang anda selesa untuk mengikutinya dan yang paling penting apakah peluang anda yang akan diperolehi apabila mendalami bidang tersebut.
Kesimpulannya, apa pun bidang yang ingin anda ikuti, pastikan ia sesuai dengan kehendak dan kemampuan anda. Namun jika anda tersalah pilih kursus yang diikuti, ianya bukan bukan penamat kerana menuntut ilmu adalah sesuatu yang berterusan dan tiada istilah LAMBAT dalam menuntut ILMU.

Thursday, March 21, 2013

Semakan Online Keputusan STPM Penggal 1 2013

Semakan Online Keputusan STPM Penggal 1 2013

Semakan online dan SMS. Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia STPM Penggal 1 2013 pada 21 mac 2013 dan anda boleh semak secara online pada 12 tengah hari .  Bagi yang tak berkesempatan untuk ke sekolah bagi mengambil keputusan peperiksaan, anda boleh membuat semakan keputusan STPM 2012 melalui online dan SMS dengan mengikuti cara di bawah:-

Cara Semak keputusan STPM 2013 melalui SMS

- Taip STPM jarak RESULT jarak NO. KAD PENGENALAN dan hantar ke 15888.

- Cth STPM RESULT 800207111111 sms ke 15888

Cara semak Online Keputusan STPM Penggal 2013

- Layari laman web di bawah untuk membuat semakan keputusan melalui online


- Laman Web Majlis Peperiksaan Malaysia MPM:- http://www.mpm.edu.my

CARA DAN PANDUAN ISI BORANG UPU ONLINE BAGI PELAJAR LEPASAN STPM

CARA DAN PANDUAN ISI BORANG UPU ONLINE BAGI PELAJAR LEPASAN STPM


Alhamdulillah, semalam keputusan STPM telahpun diumumkan. Harapnya apa yang diterima merupakan kesudahan yang terbaik buat semua. Perjalanan perlu diteruskan, selamat meneruskan kembara dan menjejakkan kaki ke menara gading. 

Untuk menentukan destinasi seterusnya yang kita fokuskan kepada UPU/IPTA, semua calon perlu nilai diri sendiri berdasarkan keputusan yang diperoleh juga. Bukan pilih apa yang kita mahu, tapi pilih apa yang kita mampu. Semak semula kelayakan kita. Berikut merupakan manual panduan yang mungkin akan dapat membantu kita membuat pilihan yang baik:

Sila klik di sini..
http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/1314_PEKELILING_STPM.pdf

Cara Menyemak Markah Kokurikulum


Aplikasi Mengumpul Markah Kokurikulum


 Bagaimana ingin mnyemak  markah CGPA Kokurikulum pelajar? Ada 2 cara yang senang:
  1. Semakan Markah Kokurikulum Online
  2. Pergi ke sekolah adik-adik dan tanya pada guru yang terbabit

Semakan Markah Kokurikulum Online

Untuk semakan markah kokurikulum secara online, para pelajar boleh lah layari http://apps.moe.gov.my/emkoko/papar_mark.cfm. Masukkan no. kad pengenalan pelajar-pelajar dan tekan button SEMAK. Dalam masa beberapa saat akan keluar markah kokurikulum beserta angka giliran SPM sekali :) hee..

Tanya guru yang berkaitan


Untuk cara yang kedua ni, para pelajar boleh lah pergi sendiri ke sekolah  dan jumpa dengan guru yang berkaitan. Bagi pelajar tingkatan 5 boleh jumpa PK Ko En.Ho dan bagi yang tingkatan 6 boleh berjumpa Cg. Jubey Johet

Syarat Kemasukan ke Tingkatan 6


Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan beberapa syarat untuk layak masuk ke Tingkatan 6 Bawah 2013Syarat kemasukan ke Tingkatan 6 ini ditentukan mengikut jenis sekolah dan jenis calon.

Kemasukan

Mengikut Jenis Sekolah
  1. Sekolah Menengah Harian
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan
    • Sekolah Berasrama Penuh (Agama) di KISAS dan SMAP Labu
Mengikut Jenis Calon
  1. Permohonan Rayuan Daripada Calon Sekolah Kerajaan
  2. Permohonan Daripada Calon Persendirian/Sekolah Swasta
  3. Permohonan Mengulang Tingkatan Enam Atas 2010
  4. Permohonan Calon SPM Ulangan 2012 Untuk Masuk Tingkatan Enam Atas 2013

Penentuan Nilai Mata Gred

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian telah mengambil keputusan untuk menetapkan wajaran yang akan digunakan di dalam pemilihan pelajar ke Tingkatan Enam Bawah bagi tahun 2013 disesuaikan dengan gred dalam SPM mulai tahun 2009 tanpa melibatkan pengubahsuaian dalam Sistem Online Kemasukan Murid Ke Tingkatan Enam Bawah.
Berikut adalah jadual nilai mata gred yang digunakan untuk pemilihan pelajar ke Tingkatan 6.
Gred LamaGred BaruNilai Mata
1AA+ dan A1
2AA-2
3BB+3
4BB4
5CC+5
6CC6
7DD7
8EE8
9GG9

Syarat Kelayakan

Syarat Am
  1. Memperoleh kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM 2012.
  2. Umur calon mestilah tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun pada 1 Januari 2013.
Syarat Mengikut Jenis Sekolah Dan Jurusan
Kemasukan ke Sekolah Menengah Harian
  1. Pelajar dari Sekolah Menengah Harian kerajaan.
  2. Memenuhi syarat untuk memasuki salah satu daripada jurusan yang disediakan seperti di bawah.
Jurusan Kemanusiaan
  • Calon mesti memperolehi TIGA kepujian dan jumlah mata gred tidak melebihi 8 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik . Tiap-tiap satunya hendaklah daripada kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:
KumpulanMata Pelajaran
IBahasa Melayu
IIBahasa Inggeris
IIIKesusasteraan Melayu / Kesusasteraan Inggeris
IVSejarah
VGeografi / Pendidikan Seni Visual
VIPendidikan Islam / Pendidikan Moral
VIIMatematik / Matematik Tambahan
VIIISains / Sains Tambahan / Applied Science
IXSalah Satu Mata Pelajaran Teknik / Vokasional / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
XTasawwur Islam / Pendidikan Al Quran Dan Al Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah
XIBahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Bahasa Cina / Bahasa Tamil
XIISains Pertanian / Perdagangan / Prinsip Perakaunan / Ekonomi Asas / Ekonomi Rumah Tangga / Pengetahuan Sains Sukan
  • Calon-calon yang memperolehi jumlah mata gred 9 hingga 12 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan seperti tercatat di atas, layak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah dengan syarat terdapat kekosongan tempat di negeri berkenaan.
Jurusan Sains
  • Calon mesti memperoleh sekurang- kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred yang tidak melebihi 18 unit. Tiap-tiap satunya hendaklah dalam kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:
KumpulanMata Pelajaran
IMatematik / Matematik Tambahan
IIFizik
IIIKimia
IVBiologi
VLukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Rekacipta / Teknologi Kejuruteraan / Teknologi Maklumat /Pengajian Agroteknologi / Pengurusan Makanan / Pengajian Pakaian.

Permohonan Rayuan Daripada Calon Sekolah Kerajaan
  1. Mereka yang memenuhi syarat di atas tetapi tidak mendapat tawaran ke Tingkatan 6.
  2. Mereka yang tidak memenuhi syarat di atas tetapi aktif di dalam penglibatan kokurikulum perlu memenuhi syarat berikut;
    1. Membuat rayuan ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan melalui pengetua sekolah asal murid dengan menggunakan borang T6BKK pada 10 Mei 2013.
    2. Pertimbangan kelonggaran akan hanya mengambilkira penglibatan kegiatan kokurikulum pemohon dalam bentuk rekod bertulis.
    3. Umur calon tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun pada 1 Januari 2013.
    4. Mendapat sokongan penuh daripada pengetua sekolah di mana murid mengambil peperiksaan SPM, termasuk perakuan rekod disiplin yang baik.
    5. Kelulusan Jabatan Pelajaran Negeri tertakluk kepada kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang dipohon.
    6. Semua rayuan yang diterima lewat daripada 1 Jun 2013 tidak akan dipertimbangkan.
    7. Rayuan yang berasaskan sebab-sebab lain seperti kesihatan, keadaan sosio ekonomi atau perakuan azam dan kesungguhan tidak akan dipertimbangkan. Dalam kes seperti itu, calon dinasihatkan supaya mengambil semula peperiksaan SPM.

Permohonan Daripada Calon Persendirian/Sekolah Swasta
  1. Calon persendirian/swasta SPM 2012 yang memohon memasuki Tingkatan Enam Bawah 2013 hendaklah menggunakan Borang T6BCP dan mengemukakannya ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
  2. Permohonan yang diluluskan hendaklah memenuhi syarat-syarat kelayakan Sekolah Dan Jurusan seperti di atas.
  3. Masih terdapat kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang dipohon.