SMK Marudi,Baram

SMK Marudi,Baram
Maju,Terus,Maju

Selamat Datang...

Perjuangan Mencari ilmu memerlukan pengorbanan...tiada kejayaan tanpa pengorbanan..berusahalah selagi kudrat masih ada,jangan persiakan peluang yang ada

Tuesday, February 28, 2012

Skema Peperiksaan Pertama Bahasa Melayu Tkn 6 atas 2012

SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN PERTAMA TINGKATAN 6 ATAS 2012
SMK MARUDI,BARAM,SARAWAK
KERTAS 2
Soalan 1
Masalah pembuangan bayi yang berlaku akhir-akhir ini amat membimbangkan
masyarakat. Salah satu puncanya ialah kepincangan keluarga. Sejauh manakah benar
penyataan ini?
Skema Jawapan:
Pendahuluan:
- Konsep pembuangan bayi
- Pendapat tokoh
- Latar belakang
- Statistik
- Fokus soalan:
- Kajian menunjukkan bahawa salah satu punca berlakunya keadaan ini ialah
kepincangan keluarga
- Namun demikian, terdapat punca-punca lain berlakunya masalah pembuangan
bayi.
Catatan: Calon yang memilih nisbah 5:0, maklumat terakhir fokus soalan perlu
disuaikan.
Isi Kepincangan Keluarga:
IS 1: Kepincangan hubungan suami isteri
IS 2: Kekurangan penghayatan pendidikan agama
IS 3: Kesibukan dalam mengejar kerjaya / harta
IS 4: Terlalu memanjakan anak
IS 5: Mengamalkan gaya hidup moden
Isi Faktor-faktor Lain:
IS 6: Mencari kebebasan dalam pergaulan. Budaya hedoisme / terlalu berhibur menjadi
amalan
IS 7: Pengaruh media massa dalam dunia hiburan dan penyiaran internet
IS 8: Anak gadis yang terlibat/terlanjur tidak diterima oleh keluarga dan masyarakat
IS 9: Kempen yang dilaksanakan kurang mendapat kerjasama dan mementingkan
publisiti daripada tanggungjawab sosial
Penutup / Kesimpulan:
- Penyataan semula fokus soalan
- Penyataan semula semua isi secara ringkas
- Harapan:
- Pelbagai cara / tindakan yang dilakukan mesti mendapat sokongan padu
daripada masyarakat
- Maruah / identiti masyarakat yang dihormati dan berkualiti dapat diwujudkan
Catatan: Calon boleh memilih 1:4, 4:1, dan 5:0. Calon yang memilih 0:5, markah
maksimum isi / releven ialah 12 markah.
Catatan: Calon digalakkan untuk memasukkan item-item berikut dalam pengenalan,
isi dan kesimpulan karangan untuk mendapatkan jawapan yang mantap.
i) Pendapat tokoh
ii) Contoh
iii) Peribahasa
iv) Harapan
v) Statistik
vi) Sejarah atau latar belakang

Monday, February 27, 2012

Permata Marudian

 Tekad dan semangat mengejar cita-cita...jangan biarkan cita-cita anda berkubur









Konsep Penulisan Ilmiah

KONSEP PENULISAN ILMIAH

Definisi penulisan ilmiah

Penulisan ilmiah merupakan satu bentuk penulisan ilmiah untuk mempersembahkan sesuatu ide/ konsep/ kajian melibatkan penulis merujuk kepada sesuatu sumber yang ada autoriti seperti buku-buku ilmiah, jurnal, majalah dll dalam penulisannya

Monday, February 20, 2012

Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM Baharu 2012

Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM Baharu 2012.Bagi lepasan pelajar SPM 2011 sila baca dan teliti agar mendapat gambaran tentang sistem dan peraturan peperiksaan STPM Baharu, agar lebih bersedia.

http://www.mpm.edu.my/web/guest/peraturan-dan-skema-peperiksaan-stpm-baharu

Sistem Modular Akan diperkenalkan untuk Tingkatan 6 2012

 Mulai pengambilan bulan Jun 2012 Sistem Modular akan diperkenalkan untuk menggantikan Sistem Terminal.

Sunday, February 19, 2012

Ciri-Ciri Karangan Yang Baik.

Pengajian Am 1 :Elaun Ahli Parlimen


Sebab tu semua berebut-rebut hendak jadi ahli parlimen....

Cara-Cara Menggalakkan Pelajar Menyertai Kokurikulum

“Soal pembangunan modal insan mesti diberikan perhatian khusus iaitu kita tidak mahu lagi murid kita terlalu obsess dengan peperiksaan…”
                                                      Dr.Mohd. Puad Zarkashi
                                                     Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia
                                                     Petikan Utusan Malaysia Online
                                                     13 Januari 2011

Selaku pengurus sekolah, bincangkan tindakan yang anda lakukan bagi memastikan penyertaan murid aktif dan menyeluruh dalam program kokurikulum sekolah bagi melahirkan insan yang seimbang sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang diwajibkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah seperti yang dimaktubkan dalam Akta Pendidikan 1996. Objektif utama pengenalan aktiviti kokurikulum adalah membentuk modal insan secara menyeluruh yang meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Akan tetapi, sambutan pelajar terhadap aktiviti kokurikulum amat tidak menggalakkan.


Kokurikulum sudah sekian lama wujud di sekolah di Malaysia mengikut Peraturan Kursus Pengajian, Akta Pelajaran, 1956. Selama ini perancangan, pentadbiran dan pengelolaannya dijalankan sambil lewa kerana penumpuan utama diberi kepada mata pelajaran akedemik sahaja.( Mohamed Nor 1985). Akibatnya, kurikulum sekolah di Malaysia seperti yang banyak digambarkan oleh pengkritik-pengkritik, terlalu berorientasikan pencapaian akademik. (Faridah Karim, 1981). Oleh sebab itu ibu bapa selalunya menghendaki anak-anak mereka menumpukan perhatian sepenuhnya kepada aktiviti-aktiviti akademik yang terdapat di dalam bilik darjah, manakala aktiviti kokurikulum diabaikan, lebih-lebih lagi bagi murid-murid yang berada di kelas peperiksaan. News Straits Time, (18 Ogos 1985).

Rumusan BM 2

Fahami petikan di bawah ini dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan ringkas tanpa menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat tidak lebih daripada tiga perenggan dan panjangnya antara 160 hingga 170 patah perkataan

Jumlah perkataan dalam jawapan hendaklah ditulis pada akhir jawapan.      

Masyarakat moden dikatakan sudah tidak ada masa yang cukup untuk menyediakan makanan yang dimasak sendiri. Justeru, makanan segera atau fast food dan makanan rapu atau junk food menjadi alternatif kerana makanan ini mudah, cepat, lazat, dan enak dimakan. Banyak orang sekarang tidak memikirkan kesan negatif sampingan yang dapat memudaratkan kesihatan dan tubuh badan sebagai akibat daripada amalan memakan makanan yang sedemikian.

Golongan kanak-kanak merupakan golongan yang terlalu mudah terpengaruh oleh makanan yang sedemikian, khususnya melalui iklan-iklan yang menarik yang ditayangkan menerusi siaran televisyen dan radio. Makanan yang sedemikian mempunyai "kalori kosong" dan tidak berzat serta berupaya melemahkan anggota tubuh badan. Keadaan menjadi lebih buruk apabila makanan-makanan seperti ini bukan sahaja dapat dibeli di kedai-kedai atau warung-warung di tepi jalan tetapi juga dapat dibeli melalui penjaja-penjaja yang bergerak dari rumah ke rumah. Ibu bapa pula kebanyakannya jarang mengambil tahu tentang makanan yang dibeli dan dimakan oleh anak-anak mereka.               

Makanan tersebut sebenarnya telah dicampur dengan bahan aditif makanan dengan tujuan mengekalkan bau, warna, rasa, dan kesegaran setelah tersimpan lama. Dalam makanan seperti ini, aditif yang sering digunakan ialah perisa, pewarna, dan pengawet sama ada yang asli ataupun yang tiruan. Risiko yang lebih tinggi datangnya daripada penggunaan aditif tiruan kerana aditif tiruan mengandung bahan-bahan kimia aktif yang mudah bertindak balas. Seterusnya, aditif tiruan dapat menjadikan bahan makanan tercemar atau beracun lantaran menyebabkan gangguan terhadap kesihatan manusia. Penggunaan aditif makanan untuk mengelakkan makanan tersebut daripada busuk atau rosak menambah risiko dan bahaya yang dihadapi oleh pengguna. Bahan daging dalam ramuan makanan segera biasanya dicampur dengan sodium nitrat yang dapat mendatangkan sakit kepala dan barah manakala penggunaannya yang berlebihan pula dapat menyebabkan kerosakan otak. Bagi wanita yang sedang hamil pula, kemungkinan janin dalam kandungan mereka terdedah kepada bahaya menyebabkan janin itu meninggal dunia semasa dalam perut lagi.

Menurut kajian Persatuan Pengguna Australia, kebanyakan makanan segera mengandung garam, lemak, dan campuran kimia yang tinggi sehingga mampu menyebabkan seseorang mengalami pelbagai jenis penyakit atau keracunan makanan. Kadar kandungan lemak yang tinggi akan menimbulkan lemak dalam badan manusia yang akhirnya mengganggu pertumbuhan dan kesihatan badan. Menurut kajian, jika makanan segera itu mengandung lemak binatang, gangguan dan penyakit kepada hati akan berlaku.

Penggunaan bahan pengawet seperti Butyted Hydroxytsliene dan Butylaied Hydroxynisole untuk mengelakkan tumbesaran bakteria dan kulat pada daging makanan segera pula dapat mengekalkan kandungan vitamin tertentu dalam makanan tersebut. Akan tetapi, banyak pengguna tidak sedar akan kesan sampingannya yang dapat mengakibatkan tekanan mental, kadar pembesaran berkurangan, kerosakan pada hati dan buah pinggang, rambut gugur, dan yang teruk sekali ialah penyakit barah. Di samping itu, kebanyakan kilang pemprosesan dan pembuatan makanan rapu menggunakan sakarin, iaitu sejenis pemanis tiruan yang kadar kemanisannya adalah 300 kali ganda lebih manis daripada gula biasa. Makanan yang terhasil tentunya lazat dan manis tetapi tidak banyak orang yang sedar bahawa bahan itu mampu menyebabkan barah dalam perut. Makanan segera biasanya dimakan bersama-sama sos supaya lebih sedap, enak, dan lazat. Malangnya, kebanyakan sos yang ada di pasaran, sama ada sos tomato atau sos cili, mengandung asid benzoik yang dapat menyebabkan gangguan kepada urat saraf. Menurut kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang, kebanyakan sos yang terdapat di pasaran negara ini mengandung kadar asid benzoik yang melebihi paras yang ditetapkan oleh Institut Penyelidikan dan Piawaian Malaysia (SIRIM), iaitu 250 ppm.                                                                    
Dalam makanan rapu, selain penggunaan pewarna dan pengawet, bahan perisa juga digunakan untuk mengabui mata kanak-kanak sedangkan makanan tersebut dibuat daripada hampas yang tidak berzat. Perisa tiruan yang sering digunakan ialah monosodium glutamat (MSG). MSG menyedapkan makanan, dan oleh itu, makanan rapu menjadi kegilaan kanak-kanak. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pernah memberikan peringatan bahawa pengambilan MSG yang berlebihan akan mengakibatkan kerosakan otak dan penyakit barah dalam kalangan kanak-kanak, dan dalam kes yang serius, mangsa akan mengalami pendarahan otak.

Daripada huraian tersebut, timbul persoalan yang harus ditangani bersama. Mengapakah masyarakat kita yang semakin maju dan terdidik pada masa sekarang kurang sedar akan makanan yang dimakan mereka setiap hari? Adakah makanan yang kelihatan segar, lazat, dan menarik itu sepatutnya berzat dan berkhasiat? Sebenarnya, sifat kepenggunaan dalam kalangan anggota masyarakat di negara kita masih rendah. Begitu juga, sifat waspada terhadap amalan pemakanan dan amalan kesihatan serta kebersihan diri dan makanan yang tidak sempurna kurang menonjol. Kesedaran pengguna dan tanggungjawab sosial dan etika perniagaan perlu dipupuk supaya pengguna dan peniaga sama-sama memperoleh manfaat.

 Skema Jawapan....

Tugas Guru Penolong Kanan HEM

GURU PENOLONG KANAN 2 (PK HEM)
TUGAS PENOLONG KANAN
HAL EHWAL MURID
A. Bidang Tugas:
1. Menjalankan segala tugas dan tanggungjawab pentadbiran sekolah jika ketiadaan Guru Besar dan GPK Pentadbiran.

2. Mengajar sebilangan waktu bagi mata pelajaran yang tertentu atau bidang pengkhususan mengikut arahan Guru Besar dari semasa ke semasa.

3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam soal-soal kurikulum, ko-kurikulum, disiplin, bimbingan dan kaunseling.

Karangan Laras Sastera Pengajian Am 2

Karangan Disiplin Sastera
Tajuk 1:        Kementerian Pelajaran mewajibkan setiap pelajar menyertai aktiviti kokurikulum tetapi sambutan pelajar terhadap aktiviti  kokurikulum amat tidak menggalakkan. Bincangkan langkah yang sesuai untuk meningkatkan penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum.

Jawapan 1:
          Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang diwajibkan oleh kementerian pelajaran Malaysia merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah seperti yang dimaktubkan dalam Akta Pendidikan 1996. Objektif utama pengenalan aktiviti kokurikulum adalah membentuk modal insan secara menyeluruh yang meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Akan tetapi, sambutan pelajar terhadap aktiviti kokurikulum amat tidak menggalakkan.

Rancangan Mengajar BM 2


SEM
/ MINGGU
TAJUK
HURAIAN
CATATAN

SEM 1
&
 SEM 2

BAHAGIAN A :
KARANGAN


Menulis pelbagai jenis karangan berformat dan tidak berformat dengan menggunakan bahasa yang betul, tepat dan berkesan.

(A)  Jenis Karangan
·   Rencana
·   Laporan
·   Ceramah/ syarahan/ ucapan/ pidato
·   Memorandum

(B)  Kemahiran yang diberi tumpuan
·   Mengumpulkan idea yang berkaitan dengan tajuk
·   Menyediakan rangka karangan
·   Menyusun idea mengikut urutan yang sesuai
·   Mendraf karangan
·   Menyampaikan idea dalam bentuk wacana yang utuh
·   Membuat perenggan pendahuluan, isi dan penutup dengan baik
·   Menggunakan gaya bahasa dan pilihan kata yang sesuai
·   Mengedit draf


Pelajar pilih satu sahaja daripada empat  tajuk yang diberikan






Isu-isu semasa akan dikemukakan



Pelajar perlu menulis karangan yang gramatis. Mesti ada pendahuluan, isi dan penutup

SEM 1
&
 SEM 2

BAHAGIAN B :
RUMUSAN


Mengolah semula kandungan teks dengan gaya sendiri tanpa mengubah makna asal. Teks ang dihasilkan hendaklah ringkas dan memperlihatkan kohesi dan koheran dengan bahasa yang tepat dan kemas.

(A)   Bahan
(B)   Kemahiran yang diberi
i)    Mengenal pasti isi utama, isi sokongan dan kesimpulan
ii)   Menyusun dan mengolah semula idea dan fakta
iii)  Menyampaikan idea dan fakta dengan tepat dan ringkas
iv)  Menggunakan bahasa yang segar, persis dan rapi

Pelajar mesti buat rumusan dalam 3 perenggan 190-200p/p














SEM 1
&
 SEM 2

BAHAGIAN C :
ALIH BAHASA


Mengubah pelbagai bentuk teks dengan mengekalkan kandungan asal sepenuhnya

(A)  Bahan
i)      Puisi Melayu Lama – syair
ii)     Puisi Melayu Moden – sajak
iii)    Prosa Klasik
iv)    Prosa Moden – cerpen, novel, drama
v)     Pelbagai laras moden – iklan, dokumen undang-undang, memorandum
(B)   Kemahiran yang diberi tumpuan
i)      Memahami kandungan teks asal
ii)     Menyampaikan kandungan teks asal ke dalam bentuk yang dikendaki
iii)    Menggunakan gayadan laras yang sesuai
iv)    Menggunakan semua aspek struktur bahasa yang betul dan tepat




Aspek bahasa meliputi tatabahasa, ejaan, diksi dan tanda baca














SEM 1
&
 SEM 2

BAHAGIAN D :
ANALISIS KESALAHAN BAHASA


Mengenal pasti, menganalisis dan membetulkan kesalahan bahasa yang terdapat dalam petikan

Kesalahan bahasa meliputi :
·         Ejaan
·         Tanda baca
·         Kosa kata
·         Imbuhan
·         Frasa
·         Klausa ayat

Penilaian analisis kesalahan berasaskan
·         Mengenal pasti
·         Kesalahan
·         Ketepatan
·         pembetulan

Penyelidikan Tingkatan 6



Tajuk: 
Pernyataan tajuk ini hendaklah mampu menjelaskan persoalan pokok dan fokus kajian.

Latar belakang Kajian:

Membincangkan situasi atau punca timbulnya masalah yang akan dikaji. Keberkesanan perbincangan ini boleh dilihat pada kemampuannya untuk menampakkan masalah berkenaan dan pentingnya untuk diteliti dan didalami. Bahagian ini akan menampakkan premis bagi kajian berkenaan.

Tajuk-Tajuk Pembentangan Bahasa Melayu 1



Tajuk-Tajuk Pembentangan Bahasa Malaysia

Kumpulan 1
1. Pemanasan Global – Faktor, kesan dan langkah untuk mengatasinya.
2. Penganjuran Sukan Peringkat Antarabangsa – Kepentingannya
3. Bangunan atau Tempat Bersejarah – Kepentingan dan usaha untuk mengekalkannya
4. Masalah Bencana Alam – Kesan dan usaha untuk membantu mangsa

Kumpulan 2
5. Meningkatkan Kecemerlangan Pendidikan – Kepentingan dan usaha yang dijalankan
6. Perniagaan Internet – Kepentingannya
7. Jenayah Ragut - Langkah untuk menanganinya
8. Penggunaan Kad Kredit – Kepentingan dan langkah untuk mengawal penggunaannya.

Kumpulan 3
9. Masalah Perumahan – Kesan dan langkah untuk mengatasinya
10. Penyakit kanser – Kesan dan usaha-usaha untuk menanganinya
11. Sekolah Kluster – Kepentingannya
12. Masalah Keracunan Makanan dalam Kalangan Murid Sekolah – Punca dan usaha untuk menanganinya

Kumpulan 4
13. Pelaburan Asing – Kepentingan dan usaha untuk menarik pelaburan asing
14. Pengangkutan Awam – Kelebihan dan usaha untuk menggalakkan penggunaannya
15. Perubatan Alternatif – Kepentingannya
16. Kes Penculikan Kanak-kanak – Langkah-langkah untuk menanganinya

Kumpulan 5
17. Adat Resam – Kepentingan dan usaha untuk mengekalkannya
18. Orang Gaji Asing – Masalah dan usaha untuk mengatasinya
19. Pertanian Moden – Kepentingan dan usaha untuk memajukannya
20. Kebanjiran Drama Bersiri Asing – Kesan dan usaha untuk mengawalnya