SMK Marudi,Baram

SMK Marudi,Baram
Maju,Terus,Maju

Selamat Datang...

Perjuangan Mencari ilmu memerlukan pengorbanan...tiada kejayaan tanpa pengorbanan..berusahalah selagi kudrat masih ada,jangan persiakan peluang yang ada

Friday, June 08, 2012

Jadual EURO 2012


Dibawah ialah jadual perlawanan EURO 2012 yang akan berlangsung di Poland dan Ukraine dimulakan dengan perlawanan peringkat kumpulan pada 8 – 19 Jun. Suku akhir/quarter final pada 21 – 24 Jun. Separuh akhir/semifinal pada 27 dan 28 Jun. Perlawanan akhir/final pada 1 Julai.
Jadual perlawanan peringkat Kumpulan EURO 2012
Group A: Poland, Greece, Russia, Republik Czech
8 Jun, Sabtu:
Poland vs Greece – 12:00 malam(live TV3, Astro Arena)
Russia vs Republik Czech – 2:45 pagi
12 Jun, Rabu:
Greece vs Republic Czech – 12:00 malam(live TV3, Astro Arena)
Poland vs Russia – 2:45 pagi
16 Jun, Ahad(2:45 pagi):
Greece vs Russia(live TV3, Astro Arena)
Republik Czech vs Poland
Group B: Netherlands, Denmark, Germany, Portugal
9 Jun, Ahad:
Netherlands vs Denmark – 12:00 malam(live TV3, Astro Arena)
Germany vs Portugal – 2:45 pagi
13 Jun, Khamis:
Denmark vs Portugal – 12:00 malam
Netherlands vs Germany – 2:45 pagi(live TV3, Astro Arena)
17 Jun, Isnin(2:45 pagi):
Portugal vs Netherlands(live TV3, Astro Arena)
Denmark vs Germany
Group C: Spain, Italy, Ireland, Croatia
10 Jun, Isnin:
Spain vs Italy – 12:00 malam
Ireland vs Croatia – 2:45 pagi(live TV3, Astro Arena)
14 Jun, Jumaat:
Italy vs Croatia – 12:00 malam
Spain vs Ireland – 2:45 pagi(live TV3, Astro Arena)
18 Jun, Selasa(2:45 pagi):
Croatia vs Spain
Italy vs Ireland(live TV3, Astro Arena)
Group D: Ukraine, Sweden, France, England
11 Jun, Selasa:
France vs England – 12:00 malam
Ukraine vs Sweden – 2:45 pagi(live TV3, Astro Arena)
15 Jun, Sabtu:
Ukraine vs France – 12:00 malam
Sweden vs England – 2:45 pagi(live TV3, Astro Arena)
19 Jun, Rabu(2:45 pagi):
Sweden vs France
England vs Ukraine(live TV3, Astro Arena)
Jadual perlawanan suku akhir EURO 2012
21 Jun, Jumaat:
1.Juara Kumpulan A – Naib Juara Kumpulan B
22 Jun, Sabtu:
2.Juara Kumpulan B – Naib Juara Kumpulan A
23 Jun, Ahad:
3.Juara Kumpulan C – Naib Juara Kumpulan D
24 Jun, Isnin:
4.Juara Kumpulan D – Naib Juara Kumpulan C
Jadual perlawanan separuh akhir EURO 2012
27 Jun, Khamis:
Pemenang 1 – Pemenang 3
28 Jun, Jumaat:
Pemenang 2 – Pemenang 4
Jadual perlawanan akhir EURO 2012 -1 Julai, Khamis
*tarikh mengikut waktu di Eropah, hari dan masa dalam waktu Malaysia.

Bahasa Melayu Tingkatan 6 Rendah 2012:Asal-Usul Melayu


Asal-Usul Melayu

Bila disebut perkataan ‘Melayu’, terus tergambar dalam benak fikiran bahawa orang Melayu berkulit gelap/sawo matang, tubuh badan bersaiz sederhana dan berambut hitam. Gambaran yang hampir sama juga pernah diceritakan oleh Frank Swettenham dalam makalahnya “The Real Malay” yang menggambarkan lelaki Melayu adalah rendah, berambut hitam lurus, berkulit coklat gelap serta mempunyai bentuk hidung dan bibir yang besar.Perkahwinan campur antara bangsa bukan Melayu dan Melayu dewasa ini sedikit sebanyak merubah identiti dan perwatakan unik orang Melayu jika dibandingkan dengan orang Melayu pada zaman dahulu. Bangsa Melayu dilihat banyak mendiami sekitar Asia Tenggara dan mengamalkan adat resam, budaya dan bahasa yang sama.Asal-usul bangsa Melayu masih lagi dibincangkan dan dari mana datangnya perkataan Melayu juga masih belum dapat disahkan oleh sejarahwan secara tepat.
Sumber yang diambil dari Wikipedia pula memetik perkataan Melayu berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu yang terletak di hulu Sungai Batang Hari di Sumatera, Indonesia. Pendapat lain pula mengatakan perkataan Melayu berasal dari perkataan Jawa Kuno iaitu “berlari” atau “mengembara”. Ini dikaitkan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan ke Asia Tenggara.
Bahasa menunjukkan bangsa.
Sejarah lama banyak membuktikan peristiwa yang mempunyai hubung-kait asal-usul bahasa Melayu. Mengikut catatan seorang rahib Budha bernama I-Tsing, Kerajaan Sriwijaya di Palembang menggunakan bahasa Melayu kuno sebagai bahasa pengantar pembelajaran mereka.
Istilah Melayu atau “Mo-lo-yu” juga pernah dicatat dalam buku catatan perjalanan pengembara Cina pada sekitar tahun 644-645 Masihi semasa zaman Dinasti Tang. Para pengkaji bersependapat bahawa perkataan “Mo-lo-yo” yang dimaksudkan itu ialah kerajaan yang terletak di Jambi di Pulau Sumatera, serta juga Sriwijaya yang terletak di daerah Palembang.
Dari segi linguistik, Melayu dikategorikan sebagai penutur bahasa Melayu di dalam kumpulan Melayu-Polynesia (Indonesia, Malaysia, Brunei, Filipina, Taiwan dan Vietnam).
Kumpulan bahasa Austronesia mempunyai pertalian bahasa dengan bahasa Melayu-Polynesia, dari segi kosa kata dan perkataan yang digunakan.
Asal-usul bangsa Melayu dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan. Di dalam buku sejarah Melayu, Melayu Proto (kumpulan pertama) berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi). Dipercayai keturunannya adalah Orang Asli di Malaysia dan Batak di Sumatera.
Kumpulan kedua pula berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam (1500 Sebelum Masihi). Kumpulan ini dinamakan Melayu Deutro. Keturunannya ialah orang Melayu di Malaysia.
Melayu Deutro dikatakan lebih bijak dan mahir daripada Melayu Proto. Mereka bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.
Kesimpulannya, datuk nenek dan moyang bangsa Melayu boleh dikatakan berasal dari Yunan, China. Penghijrahan mereka ke Asia Tenggara memungkinkan mereka bermastautin dan menetap serta berkahwin campur dengan pelbagai bangsa seperti pedagang Arab dan India pada zaman Kerajaan Melayu Melaka. Secara amnya, bangsa Melayu adalah satu bangsa yang mengamalkan adat resam Melayu, bertutur dalam bahasa Melayu serta hidup dalam budaya Melayu.