SMK Marudi,Baram

SMK Marudi,Baram
Maju,Terus,Maju

Selamat Datang...

Perjuangan Mencari ilmu memerlukan pengorbanan...tiada kejayaan tanpa pengorbanan..berusahalah selagi kudrat masih ada,jangan persiakan peluang yang ada

Wednesday, March 27, 2013

Halatuju Selepas SPM dan STPM


Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) telah pun di umumkan Isnin yang lepas dan tidak lama lagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula menyusul. Bagi yang menerima keputusan baik pasti akan gembira manakala yang tidak bernasib baik dengan keputusan diperoleh tidak perlu kecewa kerana ia bukan akhir sebuah kehidupan.
Ramai yang menganggap kedua-dua peperiksaaan ini adalah akhir kepada proses persekolahan. Walau pun kenyataan itu ada pakainya tetapi ia sebenarnya adalah permulaan kepada satu lagi proses pembelajaran.
Persoalannya, ke mana lepasan SPM dan STPM selepas ini. Individu yang bercita-cita tinggi, sudah tentu merancang landasan yang ingin diikuti. Mereka yang masih kabur dan tidak jelas hala tuju, ada baiknya melihat peluang yang boleh diambil.
Namun dalam memilih kursus sebaiknya tanya diri sendiri apa yang dimahukan, bak kata pepatah, tepuk dada tanya iman kerana anda sendiri yangmenghadapi dan menentukannya.
Ada juga ramai ibu bapa yang akan campur tangan dalam pemilihan kursus untuk anak mereka bagi melanjutkan pelajaran. Kebanyakkan ibu bapa yang mempunyai anak cemerlang lebih selesa jika anak mereka memilih pengajian tradisi yang dianggap ‘mampu menjana kemewahan’ pada kemudian hari seperti bidang perubatan dan perundangan.
Kini zaman telah berubah, jika di zaman 80-an dan 90-an, bidang kejururawatan hanya untuk pelajar perempuan tetapi
telah dibuka untuk pelajar lelaki dan semakin ramai yang menceburinya. Bagi yang masih tidak tahu kursus apa yang ingin dipilih dan dipelajari, dapatkan pandangan ibu bapa, abang, kakak, sepupu atau rakan.
Bandingkan keputusan SPM atau STPM anda dengan cadangan yang diberikan dan buat kajian mengenai kursus berkenaan supaya anda mendapat gambaran mengenainya. Pilih mana yang anda selesa untuk mengikutinya dan yang paling penting apakah peluang anda yang akan diperolehi apabila mendalami bidang tersebut.
Kesimpulannya, apa pun bidang yang ingin anda ikuti, pastikan ia sesuai dengan kehendak dan kemampuan anda. Namun jika anda tersalah pilih kursus yang diikuti, ianya bukan bukan penamat kerana menuntut ilmu adalah sesuatu yang berterusan dan tiada istilah LAMBAT dalam menuntut ILMU.

No comments: