Asal-Usul Melayu
Bila disebut perkataan ‘Melayu’, terus
tergambar dalam benak fikiran bahawa orang Melayu berkulit gelap/sawo matang,
tubuh badan bersaiz sederhana dan berambut hitam. Gambaran yang hampir sama juga
pernah diceritakan oleh Frank Swettenham dalam makalahnya “The Real Malay” yang
menggambarkan lelaki Melayu adalah rendah, berambut hitam lurus, berkulit
coklat gelap serta mempunyai bentuk hidung dan bibir yang besar.Perkahwinan
campur antara bangsa bukan Melayu dan Melayu dewasa ini sedikit sebanyak
merubah identiti dan perwatakan unik orang Melayu jika dibandingkan dengan
orang Melayu pada zaman dahulu. Bangsa Melayu dilihat banyak mendiami sekitar
Asia Tenggara dan mengamalkan adat resam, budaya dan bahasa yang sama.Asal-usul
bangsa Melayu masih lagi dibincangkan dan dari mana datangnya perkataan Melayu
juga masih belum dapat disahkan oleh sejarahwan secara tepat.
Sumber yang diambil dari
Wikipedia pula memetik perkataan Melayu berasal daripada nama sebuah anak
sungai yang bernama Sungai Melayu yang terletak di hulu Sungai Batang Hari di
Sumatera, Indonesia. Pendapat lain pula mengatakan perkataan Melayu berasal
dari perkataan Jawa Kuno iaitu “berlari” atau “mengembara”. Ini dikaitkan
dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan ke Asia
Tenggara.
Bahasa menunjukkan bangsa.
Sejarah lama banyak
membuktikan peristiwa yang mempunyai hubung-kait asal-usul bahasa Melayu.
Mengikut catatan seorang rahib Budha bernama I-Tsing, Kerajaan Sriwijaya di
Palembang menggunakan bahasa Melayu kuno sebagai bahasa pengantar pembelajaran
mereka.
Istilah Melayu atau
“Mo-lo-yu” juga pernah dicatat dalam buku catatan perjalanan pengembara Cina
pada sekitar tahun 644-645 Masihi semasa zaman Dinasti Tang. Para pengkaji
bersependapat bahawa perkataan “Mo-lo-yo” yang dimaksudkan itu ialah kerajaan
yang terletak di Jambi di Pulau Sumatera, serta juga Sriwijaya yang terletak di
daerah Palembang.
Dari segi linguistik, Melayu
dikategorikan sebagai penutur bahasa Melayu di dalam kumpulan Melayu-Polynesia
(Indonesia, Malaysia, Brunei, Filipina, Taiwan dan Vietnam).
Kumpulan bahasa Austronesia
mempunyai pertalian bahasa dengan bahasa Melayu-Polynesia, dari segi kosa kata
dan perkataan yang digunakan.
Asal-usul bangsa Melayu
dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan. Di dalam buku
sejarah Melayu, Melayu Proto (kumpulan pertama) berpindah ke Asia Tenggara pada
Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi). Dipercayai keturunannya adalah Orang
Asli di Malaysia dan Batak di Sumatera.
Kumpulan kedua pula berpindah
ke Asia Tenggara pada Zaman Logam (1500 Sebelum Masihi). Kumpulan ini dinamakan
Melayu Deutro. Keturunannya ialah orang Melayu di Malaysia.
Melayu Deutro dikatakan lebih
bijak dan mahir daripada Melayu Proto. Mereka bijak dalam bidang astronomi,
pelayaran dan bercucuk tanam.
Kesimpulannya, datuk nenek
dan moyang bangsa Melayu boleh dikatakan berasal dari Yunan, China.
Penghijrahan mereka ke Asia Tenggara memungkinkan mereka bermastautin dan
menetap serta berkahwin campur dengan pelbagai bangsa seperti pedagang Arab dan
India pada zaman Kerajaan Melayu Melaka. Secara amnya, bangsa Melayu adalah
satu bangsa yang mengamalkan adat resam Melayu, bertutur dalam bahasa Melayu
serta hidup dalam budaya Melayu.
No comments:
Post a Comment