SMK Marudi,Baram

SMK Marudi,Baram
Maju,Terus,Maju

Selamat Datang...

Perjuangan Mencari ilmu memerlukan pengorbanan...tiada kejayaan tanpa pengorbanan..berusahalah selagi kudrat masih ada,jangan persiakan peluang yang ada

Sunday, February 19, 2012

Penyelidikan Tingkatan 6



Tajuk: 
Pernyataan tajuk ini hendaklah mampu menjelaskan persoalan pokok dan fokus kajian.

Latar belakang Kajian:

Membincangkan situasi atau punca timbulnya masalah yang akan dikaji. Keberkesanan perbincangan ini boleh dilihat pada kemampuannya untuk menampakkan masalah berkenaan dan pentingnya untuk diteliti dan didalami. Bahagian ini akan menampakkan premis bagi kajian berkenaan.


Pernyataan Masalah:

Bahagian ini hendaklah merumuskan persoalan sebenar yang akan dikaji. Ia boleh dibuat dalam bentuk penjelasan tentang perkara yang akan menjadi tumpuan kajian, atau juga dalam bentuk senarai soalan.

Tujuan/Objektif:

Tujuannya pernyataan ini adalah untuk menjelaskan hala tuju kajian dan perkara-perkara yang diharap akan dicapai di akhir kajian nanti. Pernyataan ini hendaklah jelas, rasional, serta relevan dengan masalah yang dikaji. Tujuan hendaklah mampu dicapai dan pencapaiannya itu sewajarnya boleh diukur.

Hipotesis Kajian:

Hipotesis ialah pernyataan sementara tentang hubungan antara unsur-unsur yang dikaji atau tentang cara penyelesaian bagi sesuatu masalah. Sekiranya calon merasakan bahawa pernyataan seperti ini diperlukan untuk kajiannya bagi memastikan bahawa kajiannya akan lebih terfokus maka pernyataan berkenaan hendaklah dibuat secara jelas, padat dan tidak mengelirukan bagi memudahkannya untuk membukti atau menolaknya atau menjelaskannya di akhir kajian nanti. Bagi kajian yang tidak perlu hipotesis, bahagian ini tidak perlu ditulis.

Kepentingan Kajian:

Calon hendaklah menjelaskan kepentingan dan sumbangan kajian yang akan dilaksanakan terhadap bidang ilmu yang dikaji seperti dapat memantapkan penjelasan tentang sesuatu hukum, memperkemaskan sesuatu kaedah, membetulkan sesuatu fahaman atau seumpamanya. Juga kepentingan dan sumbangannya dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat.

Tinjauan Kajian Lepas:

Bahagian ini menjelaskan konsep-konsep utama yang terdapat pada tajuk yang dicadangkan itu. Penjelasan ini akan membantu penilai cadangan untuk lebih memahami tajuk serta skop kajian.
Skop Kajian:
Skop dimaksudkan ruang yang akan diliputi oleh kajian yang akan dijalankan. Penjelasannya ini penting bagi memastikan penilai cadangan dapat memahami sempadan kajian berkenaan.

Kerangka Teori dan Ulasan Terhadap Penulisan dan Kajian Terdahulu:
Metodologi Penyelidikan

(a) Kaedah Pengumpulan Data:

Bagi kajian yang melibatkan pengumpulan data lapangan, calon hendaklah memberi penjelasan yang teliti dan meyakinkan tentang kaedah-kaedah yang akan digunakan. Ini termasuklah kaedah yang akan digunakan untuk membentuk intrumen dan sampel kajian.
Bagi calon yang akan menggunakan kajian perpustakaan sepenuhnya sumber data/maklumat hendaklah dijelaskan.

(b) Kaedah Analisis Data/Teori:

Dalam bahagian ini calon perlu menjelaskan perancangannya tentang bagaimana beliau akan menggunakan atau mengolah data yang di kumpul untuk menjawab tujuan/objektif kajiannya.
Bahagian ini menjelaskan kerangka teori atau theoretical framework yang akan menjadi asas bagi menyelesaikan atau menghuraikan masalah yang akan dikaji. Dalam bahagian ini juga calon perlu membincangkan hasil-hasil kajian lepas yang berkaitan atau boleh dikaitkan dengan masalah yang dikaji terutama sekali untuk menjelaskan kedudukan kajian dalam konteks kajian-kajian yang pernah dilakukan.

Persembahan Penyelidikan:

Berdasarkan format yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Akademik Tingkatan 6.

Bibliografi:

Calon perlu menyenaraikan senarai rujukan yang telah digunakan untuk menyediakan cadangan ini. Senarai ini hendaklah mampu meyakinkan penilai bahawa rujukan sewajarnya telah dibuat.

1 comment:

humairah said...

Semoga meneruskan usaha ini..