SMK Marudi,Baram

SMK Marudi,Baram
Maju,Terus,Maju

Selamat Datang...

Perjuangan Mencari ilmu memerlukan pengorbanan...tiada kejayaan tanpa pengorbanan..berusahalah selagi kudrat masih ada,jangan persiakan peluang yang ada

Tuesday, February 28, 2012

Skema Peperiksaan Pertama Bahasa Melayu Tkn 6 atas 2012

SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN PERTAMA TINGKATAN 6 ATAS 2012
SMK MARUDI,BARAM,SARAWAK
KERTAS 2
Soalan 1
Masalah pembuangan bayi yang berlaku akhir-akhir ini amat membimbangkan
masyarakat. Salah satu puncanya ialah kepincangan keluarga. Sejauh manakah benar
penyataan ini?
Skema Jawapan:
Pendahuluan:
- Konsep pembuangan bayi
- Pendapat tokoh
- Latar belakang
- Statistik
- Fokus soalan:
- Kajian menunjukkan bahawa salah satu punca berlakunya keadaan ini ialah
kepincangan keluarga
- Namun demikian, terdapat punca-punca lain berlakunya masalah pembuangan
bayi.
Catatan: Calon yang memilih nisbah 5:0, maklumat terakhir fokus soalan perlu
disuaikan.
Isi Kepincangan Keluarga:
IS 1: Kepincangan hubungan suami isteri
IS 2: Kekurangan penghayatan pendidikan agama
IS 3: Kesibukan dalam mengejar kerjaya / harta
IS 4: Terlalu memanjakan anak
IS 5: Mengamalkan gaya hidup moden
Isi Faktor-faktor Lain:
IS 6: Mencari kebebasan dalam pergaulan. Budaya hedoisme / terlalu berhibur menjadi
amalan
IS 7: Pengaruh media massa dalam dunia hiburan dan penyiaran internet
IS 8: Anak gadis yang terlibat/terlanjur tidak diterima oleh keluarga dan masyarakat
IS 9: Kempen yang dilaksanakan kurang mendapat kerjasama dan mementingkan
publisiti daripada tanggungjawab sosial
Penutup / Kesimpulan:
- Penyataan semula fokus soalan
- Penyataan semula semua isi secara ringkas
- Harapan:
- Pelbagai cara / tindakan yang dilakukan mesti mendapat sokongan padu
daripada masyarakat
- Maruah / identiti masyarakat yang dihormati dan berkualiti dapat diwujudkan
Catatan: Calon boleh memilih 1:4, 4:1, dan 5:0. Calon yang memilih 0:5, markah
maksimum isi / releven ialah 12 markah.
Catatan: Calon digalakkan untuk memasukkan item-item berikut dalam pengenalan,
isi dan kesimpulan karangan untuk mendapatkan jawapan yang mantap.
i) Pendapat tokoh
ii) Contoh
iii) Peribahasa
iv) Harapan
v) Statistik
vi) Sejarah atau latar belakang
Soalan 2
Dunia pada hari ini semakin berubah corak dan bergerak pantas melalui komunikasi
secara elektronik, seperti e-mel, blog, facebook, twitter, dan sistem pesanan ringkas
(SMS). Bincangkan kesannya.
Skema Jawapan:
Pendahuluan:
- Konsep komunikasi secara elektronik: komunikasi secara maya dan tanpa sempadan
melalui peralatan ICT contohnya: e-mel, blog, facebook, twitter, sms dan sebagainya.
- Pendapat tokoh
- Latar belakang
- Statistik
- Fokus soalan:
Terdapat 3 pilihan jawapan yang boleh ditulis oleh calon:
- kesan positif sahaja
- kesan negatif sahaja
- kesan positif dan kesan negatif
Isi-Isi:
Kesan positif:
1. Maklumat dapat disampaikan secara cepat dan berkesan ke seluruh pelosok
dunia. Contoh: menghantar surat, menempah tiket penerbangan, menghantar
gambar, pembayaran bil secara talian terus (‘online’), semakan keputusan
peperiksaan dsb.
2. Dapat menjimatkan wang ringgit. Penggunaan internet lebih murah berbanding
telefon talian tetap dan telefon bimbit.
3. Dapat berkomunikasi secara langsung dengan sahabat handai, saudara mara
dan keluarga di mana-mana sahaja. Contoh: melalui facebook, skype
4. Menjana pendapatan. Contoh: menjalankan perniagaan melalui internet
dan kita boleh menjalankannya di rumah atau di mana-mana sahaja.
5. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara keluarga dan sahabat handai
Kesan negatif:
6. Menjadi saluran untuk menyebarkan fitnah dan memburukkan pihak-pihak
tertentu. Contoh: blog dijadikan pentas untuk menfitnah/memburukkan pihak
tertentu
7. Maklumat yang dihantar dan disimpan mungkin jatuh ke tangan musuh.
Contoh: laman web, blog boleh dicerobohi/ digodam oleh pihak musuh
8. Maklumat tidak dapat dikawal. Contoh: penyebaran gambar, video,laman web
lucah
9. Membuang masa khasnya pelajar kerana asyik melayari internet. Contoh:
leka dengan facebook, twitter, chatting dsb. sehingga mengabaikan
pelajaran / pekerja mengabaikan kerja.
10. Mendatangkan keburukan dari segi kesihatan. Contoh: sakit belakang,
mengalami kerosakan penglihatan.
Penutup / Kesimpulan:
- Penyataan semula fokus soalan
- Penyataan semula semua isi secara ringkas
- Harapan
Catatan: Calon digalakkan untuk memasukkan item-item berikut dalam pengenalan,
isi dan kesimpulan karangan untuk mendapatkan jawapan yang mantap.
vii) Pendapat tokoh
viii) Contoh
ix) Peribahasa
x) Harapan
xi) Statistik
xii) Sejarah atau latar belakang

Soalan 3
Kemajuan dalam bidang industri telah menjadikan Malaysia sebagai negara tumpuan
pendatang asing tanpa izin untuk mencari rezeki. Walau bagaimanapun, masyarakat
sering mendesak agar kebanjiran mereka dihadkan. Mengapakah kemasukan pendatang
asing tanpa izin ini perlu dihadkan? Bincangkan.
Skema jawapan:
Pendahuluan:
- Konsep pendatang tanpa izin : Pendatang yang memasuki negara kita secara tidak
sah atau tanpa permit yang sah.
- Pendapat tokoh
- Latar belakang : Pembangunan Malaysia telah menarik minat kemasukan pendatang
asing tanpa izin
- Statistik
- Fokus soalan:
- sebab-sebab kemasukan pendatang asing tanpa izin perlu dihadkan
Isi-isi:
IS1: Meningkatnya kadar jenayah
IS2: Wujudnya ancaman terhadap keselamatan negara
IS3: Merebaknya penyakit-penyakit berbahaya
IS4: Wujudnya masalah perumahan
IS5: Hak rakyat akan terjejas
IS6: Pengaliran keluar mata wang negara
IS7: Bebanan kepada kerajaan
Penutup / Kesimpulan:
- Penyataan semula fokus soalan
- Penyataan semula semua isi secara ringkas
- Harapan
Catatan: Calon digalakkan untuk memasukkan item-item berikut dalam pengenalan,
isi dan kesimpulan karangan untuk mendapatkan jawapan yang mantap.
i. Pendapat tokoh
ii. Contoh
iii. Peribahasa
iv. Harapan
v. Statistik
vi. Sejarah atau latar belakang
Soalan 4
Kemalangan maut semakin meningkat menjelang musim perayaan. Sebagai setiausaha
sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), anda telah diminta untuk menyediakan
laporan tentang punca-punca berlakunya kemalangan ini dan mengemukakan cadangan
untuk mengatasinya. Sediakan laporan itu selengkapnya.
Skema Jawapan:
Format jawapan mestilah dalam bentuk laporan.
Tajuk : Punca Kemalangan Maut Menjelang Musim Perayaan dan Cadangan untuk
mengatasinya / PUNCA KEMALANGAN MAUT MENJELANG MUSIM
PERAYAAN DAN CADANGAN UNTUK MENGATASINYA
1.0 Pendahuluan:
- Konsep kemalangan maut menjelang musim perayaan
- Latar belakang
- Pendapat tokoh
- Statistik
- Fokus soalan:
- Berikut ialah laporan tersebut. (Wajib sebagai ayat terakhir)
2.0 Senarai jawatankuasa:
Pengerusi:
Naib Pengerusi:
Setiausaha: (Nama S/U – pastikan sama dengan nama pelapor)
Bendahari:
Ahli jawatankuasa: 1.
(Maksimum 3 orang) 2.
3.
3.0 Punca-punca Kemalangan Maut
3.1 Sikap pemandu yang tidak merancang perjalanan, terburu-buru, tidak
sabar, mengantuk, dan menunjuk-nunjuk.
3.2 Kenderaan tidak diselenggara sebelum memulakan perjalanan.
3.3 Bilangan kenderaan yang meningkat pada musim perayaan.
3.4 Pengusaha-pengusaha pengangkutan awam yang terlalu mementingkan
keuntungan.
4.0 Cadangan untuk Mengatasinya
4.1 Memperketat penguasaan undang-undang dengan mengenakan kompaun
yang tinggi bagi kesalahan lalu lintas yang dilakukan.
4.2 Memperbanyak pengeluaran permit bas sementara bagi menampung
permintaan yang tinggi.
4.3 Media meningkatkan peranan dengan melaporkan maklumat terkini
tentang perkembangan lalu lintas.
4.4 Meningkatkan pemantauan bagi menghalang kenderaan berat seperti lori
kontena dan treler melalui jalan utama pada waktu puncak.
4.5 Pihak berwajib memastikan pengguna jalan raya mematuhi masa
perjalanan yang ditetapkan.
5.0 Penutup / Kesimpulan:
- Penyataan semula fokus soalan
- Penyataan semula semua isi secara ringkas
- Harapan
.
Laporan disediakan oleh, Tarikh:
t.t.
( NAMA :…(HURUF BESAR)…….)
Jawatan:
Catatan:
- Calon yang tidak mengikut format sepenuhnya, 5 markah ditolak daripada
markah Releven / Isi.
- Sekiranya tidak menepati format pada mana-mana bahagian:
- Tajuk (tolak 1 markah)
- Senarai AJK (tolak 1 markah)
- Berikut ialah laporan (tolak 1 markah)
- Pernomboran (tolak 1 markah)
- Tandatangan / pelapor (tolak 1 markah)
Catatan: Calon digalakkan untuk memasukkan item-item berikut dalam pengenalan,
isi dan kesimpulan karangan untuk mendapatkan jawapan yang mantap.
i. Pendapat tokoh
ii. Contoh
iii. Peribahasa
iv. Harapan
v. Statistik
vi. Sejarah atau latar belakang

SKEMA JAWAPAN RUMUSAN
Idea Utama:
- Pelancongan begitu penting sekali bagi ekonomi negara-negara ASEAN
- Industri pelancongan di Malaysia pula masih baru
- Penglibatan seriusnya hanya bermula pada tahun 80-an
- Industri pelancongan mempunyai potensi besar dan mampu menjadi sumber ekonomi
baru yang menguntungkan
- Berdasarkan alam semula jadi
- Banyak lagi tarikan lain
Isi Sokongan:
IS1:
- Pelancongan merupakan penggerak utama tukaran wang asing
- Melalui perbelanjaan serta pembayaran kos penginapan.
- Nilai mata wang asing yang lebih tinggi akan menguntungkan negara kita.
IS2:
- Pelancongan juga membuka peluang pekerjaan sama ada secara langsung atau
tidak langsung
- Melibatkan pelbagai peringkat pekerjaan.
IS3:
- Pada masa ini, lebih banyak Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang
menawarkan pelbagai program yang mempunyai kaitan dengan industri pelancongan
- Dalam usaha menyediakan lebih banyak tenaga terlatih.
IS4: - Kegiatan pelancongan yang aktif akan memudahkan kerajaan untuk menarik lebih
ramai pelabur asing sama ada yang berkaitan dengan pelancongan atau bukan
pelancongan.
- Dalam bidang yang tiada kaitan dengan perlancongan, peluang perniagaan dapat
direbut.
- Secara tidak langsung, ia akan meningkatkan pendapatan penduduk.
IS5:
- Perlancongan juga dapat menghapuskan penghalang sosial yang disekat dengan
sempadan politik.
- Apabila ahli dari satu-satu kumpulan mengunjungi kumpulan-kumpulan lain dalam
konteks lawatan atau melancong, perpaduan akan wujud.
Penutup / Kesimpulan:
- Pelancongan merupakan industri yang sangat penting
- Peluang untuk membangunkan industri ini haruslah terus digalakkan.
- Semua pihak perlu menjayakan industri ini.
- Industri ini memberi pulangan yang sangat besar kepada pembangunan individu,
keluarga, rakyat, dan negara.

SKEMA JAWAPAN
BAHAGIAN C
Skema Jawapan Soalan 6
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa berada dalam kapal panjang seorang diri. Awang Sulung Merah Muda belum balik ke kapal itu. Tuan Puteri berasa susah hati lalu memanggil Bujang Selamat Panjang Gombak dan menanyakan tempat suaminya pergi.Bujang Selamat Panjang Gombak berfikir dalam hatinya bahawa sekiranya dia memberitahu Tuan Puteri tentang perkara yang sebenarnya, sudah pasti Tuan Puteri akan murka. Setelah berfikir, dia memberitahu Tuan Puteri bahawa Awang Sulung Merah Muda berada di darat asyik menyabung, bermain catur dan berjudi siang dan malam.

Tuan Puteri Dayang Seri Jawa ingin mengetahui / bertanyakan sama ada suaminya berkahwin dengan Tuan Puteri Pinang Masak atau tidak. Bujang Selamat Panjang Gombak tercengang. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa / Tuanku ingin mengetahui hal perkahwinan itu. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menerangkan bahawa pada suatu hari baginda melihat melalui teropong dan ternampak Awang Sulung dan isterinya di atas petarana. Tuan Puteri Pinang Masak menitahkan bahawa Awang Sulung duduk di sebelah kanan dan Tuan Puteri Pinang Masak duduk di sebelah kiri. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa juga menitahkan Bujang Selamat supaya pergi menemui Awang Sulung Merah Muda dan bertanya sama ada baginda masih mengingatinya atau sebaliknya.

Tuan Puteri Dayang Seri Jawa membeli sabut kelapa dan sekam padi pada setiap hari sehingga penuh kapal panjang itu. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa juga telah membuat sebuah peti besi. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menitahkan Bujang Selamat supaya menunaikan hajatnya, iaitu pergi ke darat untuk berjumpa dengan Awang Sulung Merah Muda. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa juga berpesan supaya Bujang Selamat Panjang Gombak menunjukkan kapal panjang yang berasap seakan-akan terbakar ketika Awang Sulung Merah Muda asyik berjudi pada keesokan harinya.




Skema Jawapan Soalan 7

Sang arnab meminta kepastian / ingin mengetahui / menanyakan / bertanyakan sama ada telah wujud tanda-tanda perpecahan, tidak ada kesepakatan, perselisihan faham atau percanggahan pendapat atau sebaliknya. Sang tedung menjelaskan bahawa memang telah wujud perbalahan pendapat dan tidak ada kata sepakat. Sang tedung juga menjelaskan bahawa persetujuan yang diberi pada hari itu hanya sementara sahaja. Sang tedung juga menyatakan bahawa sekiranya suku-sakat tuk kura tidak berpuas hati dengan latihan yang diberikannya, mereka akan menarik diri. Bapa arnab menganggap bahawa berita yang disampaikan oleh sang tedung itu berita baik dan menggembirakan. Bapa sang arnab juga menjelaskan bahawa keretakan telah bermula dan kebiasaannya retak akan membawa / mewujudkan perpecahan. Bapa sang arnab bertanyakan / menanyakan / ingin mengetahui sama ada sang tedung mahu atau tidak untuk menambah pendapatan dan mendapat upah yang berganda. Sang tedung pura-pura bertanya maksud sang arnab tetapi dalam diam-diam otaknya sudah dapat meneka maksud sang arnab itu. Bapa sang arnab meminta sang tedung untuk menghasut suku sakat tuk kura supaya kura-kura yang terpilih tidak mahu bertanding. Bapa sang arnab berharap agar tuk kura bersendirian dan dipulaukan oleh suku-sakatnya. Sang tedung tersenyum. Tekaannya tepat. Bapa sang arnab mahu sang tedung menambah tugasnya dan dia yakin bahawa upahnya juga akan bertambah. Sang tedung menyatakan kebimbangannya sekiranya sang gajah akan memijaknya. Sang tedung menambah jika hal ini berlaku, tulangnya pasti akan remuk. Sang tedung membayangkan tugasnya berat dan amat membahayakan.
















Skema Jawapan Soalan 8


1.         Kesalahan: ...berusaha menyalurkan...
Sebab kesalahan: Ayat ini tidak mempunyai kata hubung pancangan komplemen ‘untuk’
Pembetulan:...berusaha untuk menyalurkan...

2.         Kesalahan: ...baru...
Sebab Kesalahan :Menggunakan perkataan ‘baru’ yang bermaksud waktu
Pembetulan...baharu...

3.         Kesalahan ...dari...
Sebab kesalahan:Kata sendi nama ‘dari’ hanya digunakan untuk menunjukkan arah, tempat dan masa
Pembetulan:...daripada...

4.         Kesalahan: Ini memang membimbangkan kita.
Sebab kesalahan:Ayat tidak mempunyai subjek
Pembetulan: Hal / Perkara / Keadaan ini memang membimbangkan kita.

5.         Kesalahan: Pemuda-pemudi...
Sebab kesalahan:Kesalahan penggunaan tanda sempang kepada kata majmuk
Pembetulan:Pemuda  pemudi...

6          Kesalahan: Akibat daripada...
Sebab kesalahan:Lewah kerana terdapat unsur pertindanan / pertindihan /pengulangan makna.
Pembetulan:Akibat...

 

No comments: