SMK Marudi,Baram

SMK Marudi,Baram
Maju,Terus,Maju

Selamat Datang...

Perjuangan Mencari ilmu memerlukan pengorbanan...tiada kejayaan tanpa pengorbanan..berusahalah selagi kudrat masih ada,jangan persiakan peluang yang ada

Monday, February 27, 2012

Konsep Penulisan Ilmiah

KONSEP PENULISAN ILMIAH

Definisi penulisan ilmiah

Penulisan ilmiah merupakan satu bentuk penulisan ilmiah untuk mempersembahkan sesuatu ide/ konsep/ kajian melibatkan penulis merujuk kepada sesuatu sumber yang ada autoriti seperti buku-buku ilmiah, jurnal, majalah dll dalam penulisannya

Ciri-ciri penulisan ilmiah

(a)          Menyampaikan  fakta  secara  sistematik  atau  mengemukakan  hukum  alam kepada situasi yang spesifik.
(b)          Penulisannya cermat, tepat, benar dan tidak membuat andaian.
(c)          Tidak menulis untuk memenuhi kehendak golongan-golongan tertentu.
(d)          Penulis hanya menulis untuk memaklumkan tentang sesuatu dan tidak bersifat prejudis.
(e)          Penulisan ilmiah bersifat sistematik. Setiap langkah direncanakan secara sistematik, konseptual dan mengikut prosedur yang jelas.
(f)           Penulisan ilmiah tidak bersifat emosional. Ia mengemukakan sebab-musabab dan pengertian sesuatu masalah/persoalan. Kata-katanya mudah diidentifikasi.
(g)          Setiap pandangan yang dikemukakan disokong dengan bukti.
(h)         Menulis   dengan   jujur  dan   hanya   mengemukakan   kebenaran.   Tidak  ada kenyataan-kenyataan yang boleh menimbulkan keraguan.
(i)        Penulisan ilmiah tidak bersifat argumentatif. Rumusan yang dibuat dalam penulisan ilmiah akan membiarkan fakta berbicara sendiri.
(j)        Penulisan ilmiah tidak bersifat persuasif. Jika penulisan berkenaan Berjaya mengubah   pandangan   pembaca,    ia   bukan   melalui   kaedah   persuasif, argumentasi, percanggahan pendapat dan protes, tetapi melalui fakta yang berdiri/berbicara sendiri.
(k)       Penulisan   ilmiah   tidak   akan   memutar-belitkan   fakta   kerana   ia   akan merosakkan tujuan penulisan ilmiah. Ia juga tidak akan melebih-lebihkan sesuatu kerana ia akan menunjukkan motif penulis yang mementingkan diri sendiri.











BENTUK-PENTUK PENULISAN ILMIAH

Penyelidikan
            Penyelidikan merangkumi proses mengenal pasti masalah, meninjau pembolehubah melalui tinjauan literatur, menghasilkan hipotesis jika perlu, mewujudkan reka bentuk penyelidikan bagi meninjau masalah, memungut dan analisis data, dan menghasilkan kesimpulan berdasarkan perhubungan pemboleh ubah.

Kajian Tindakan
Peninjauan tentang amalan guru dalam konteks bilik darjah di mana guru itu mengajar. Ini boleh dijalankan sama ada melalui dirinya sendiri atau pun melibatkan rakan sejawat beliau yang mengajar mata pelajaran yang sama (team-based inquiry) dengan memberi fokus terhadap amalan guru (teacher development) dan pembelajaran pelajar (student learning).

Kajian Kes

            Menyelidik fenomena sementara antara hubungan kehidupan sebenar, terutama apabila sempadan di antara fenomena dan hubungan yang tidak jelas buktinya.

Artikel

Artikel berbentuk ilmiah biasanya ditulis untuk pembaca tertentu, umpamanya untuk dimuat dalam majalah ilmiah atau jurnal

Jurnal
Jurnal merupakan terbitan atau majalah berkala yg khusus bagi sesuatu perkara, profesion, atau bidang tertentu.

Esei
            Esei / Karangan ilmiah adalah salah satu jenis karangan yang berisi serangkaian hasil pemikiran yang diperoleh sesuai dengan sifat keilmuannya melibatkan hasil penelitian, pengamatan, ataupun peninjauan

Kertas Projek
Kajian yang dilakukan untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda

Tesis  
           Kajian yang dilakukan  untuk mendapatkan Ijazah Sarjana/ Master

Disertasi      
Kajian yang dilakukan untuk mendapatkan Ijazah Kedoktoran


RUJUKAN

Penulisan Rujukan Kajian ilmiah hendaklah menggunakan , contoh Sistem Harvard.

1.         Rujukan Dalam Teks
Rujukan yang dinyatakan dalam teks hendaklah ditulis menggunakan nama
Pengarang dan tahun penerbitan seperti contoh dibawah :
i.          Sekiranya pelajar menggunakan “pharaphasing” nama pengarang ditulis
sebahagian daripada teks, tahun penerbitan hendaklah ditulis dalam kurungan seperti berikut :
Works by Yao (1993) have shown that in order to maintain the behavioural link between the offsprings and their parents, the use of crossover operator should be avoided.
ii.         Sekiranya pelajar menggunakan petikan yang panjang (quotation), nama
pengarang, tahun penerbitan dinyatakan dalam perenggan, dan muka surat hendaklah ditulis dalam kurungan seperti berikut : ANN offers useful properties and capabilities such as non-linearity, inout and output mapping, adaptability and fault tolerance among others. (Haykin, 1990: 16)
Contoh seperti diatas iaitu petikan ini menggunakan font Arial 10 itallic, jarak 1 baris antara barisan dan indent dipermulaan ayat.
iii.        Sekiranya terdapat dua atau tiga pengarang, nama-nama pengarang tersebut perlu ditulis seperti berikut :
In designing the model for non-linear system, the parsimonious principle (Soderstrom and Stoica, 1989) is critical because a non-linear model involves an excessive number of parameters.
Syu and Chang (1999) successfully used neural networks to adaptively control Penicillin acylase fermentation.
iv.        Sekiranya   terdapat   lebih   daripada   tiga   pengarang,   selepas   nama pengarang yang pertama hendaklah ditulis et al. seperti berikut : The algorithm can be calculated by applying Gram-Schmidt procedures as described by Korenberg et al. (1998)
v.         Sekiranya beberapa penulisan dibuat oleh pengarang yang sama di
dalam tahun yang sama, abjad seperti a, b, c dan seterusnya hendaklah ditulis selepas tahun penerbitan.
Some of the basic principles widely used by many researchers are Lagrange-Euler (LE) equations (Uicker, 1965; Bejczy and Paul, 1981), Newton-Euler (NE) equations (Luh et al., 1980a) and d’Alembert (G-D) equations (Lee et al.,1983). Luh et al. (1980b) presented an example of an acceleration control of robot arm/manipulator.

2.         Senarai Rujukan
Semua rujukan yang dinyatakan dalam teks perlu disenaraikan dalam Senarai Rujukan. Senarai rujukan hendaklah disenaraikan mengikut susunan abjad.
i.          Sekiranya rujukan tersebut merupakan pengarang yang sama, susunan
hendaklah mengikut tahun penerbitan. Sebagai contoh, atikel yang ditulis oleh Peden yang diterbitkan pada tahun 1983 hendaklah disusun sebelum atikel yang diterbitkan pada tahun 1999.
ii.         Sekiranya rujukan melibatkan lebih daripada satu pengarang, hendaklah
disusun mengikut pengarang yang pertama.
Penulisan Nama Pengarang dalam Senarai Rujukan
Penggunaan Nama Pengarang dalam Senarai Rujukan :
Terdapat pelbagai nama pengarang. Beberapa cara penulisan untuk nama pengarang adalah seperti berikut :
i.          Nama Barat
Tuliskan nama keluarganya dan diikuti oleh nama lain.
Contoh :
nama : John Noick Pavlovic
(dalam teks) ditulis : Pavlovic, J.N.
(dalam teks) Pavlovic (tahun)
ii.         Nama Melayu
Tuliskan nama penuh pengarangnya. Contoh :
nama : Mohd Noor Bin Abdullah (dalam teks) Abdullah,M. N. (Tahun) ditulis : Abdullah, M.N., (Tahun),
iii.        Nama Arab atau berunsur Arab
Tuliskan nama keluarganya
Contoh :
nama : Syed Muhammad Naquib Al-Attas
rujukan : Muhammad Naquib, S.A.
teks : Muhammad Naquib (tahun)
atau Tuliskan nama pengarang jika tiada nama keluarganya
Contoh :
nama : Malik ibn Anas
ditulis : Malik ibn Anas
iv.        Nama Cina
Mulakan dengan nama keluarganya. Nama keluarga bagi nama Cina
terletak di depan nama.
Contoh :
nama : Tan Beng Keat
Rujukan : Tan, B. K.
(dalam teks) Tan (Tahun)
v.         Nama India
Tuliskan nama pengarangnya.
Contoh :
nama : Srinivasan Venkataraman
ditulis : Venkataraman, S.
(dalam teks) Venkataraman (tahun)
Ditulis terbalik sekiranya nama mempunyai singkatan.
Contoh :
nama : S. N. Gupta
ditulis : Gupta, S.N.
(dalam teks) Gupta (tahun)
Cara Penulisan :
Cara yang perlu ditulis di dalam Senarai rujukan adalah seperti berikut :
i.          Satu dan beberapa pengarang
Contoh satu pengarang :
Veres, S.M., 1990. Structure Selection of Stochastic Dynamic Systems.
New York : Gordon and Breach Science Publishers.
Contoh dua atau beberapa pengarang :
Soderstrom, T., Stoica, P., 1989. System Identification. United Kingdom:
Prentice Hall International Ltd.
Luh, J.Y.S., Walker, M.W., and Paul, R.P., 1980. Resolved-Acceleration
Control of Mechanical Manipulators, IEEE Trans. Automatic Control. 25
(3) : 468-474.
ii.         Penyunting / Penyusun
Contoh
Kristjohnson, H. (Ed), 1971. Modern Fishing gear of the worl. Surre :
Fishing New Book.
Lees, R.H. & Thomas, T.R. (Eds) 1974. Chemical nomenclature usage.
Chischester : Ellis Horwwod.
iii.        Penulis / Penyunting Korporat
Contoh
Engineers Joint Council, 1969. Treasure of engineering and scientific
terms.New York : Engineers Council.
American  Chemical  Society  (Ed).   1978.   Handbook   for  authors  of
American Chemical Society publications.Washington, D.C : American
Chemical Society.



Format penulisan

i.                    Tajuk
ii.                  Abstrak
iii.                Penghargaan
iv.                Isi kandungan
1.      Pengenalan
2.   Latarbelakang
3.   Pernyataan Masalah
4.   Tujuan Kajian (objektif/soalan kajian)
5.   Kepentingan Kajian
6.   Batasan Kajian
7.   Tinjauan Literatur
8.   Metadologi kajian (pengumpulan dan analisis data)
9.   Dapatan Kajian dan Perbicangan
10. Rumusan dan Cadangan
11. Rujukan
Lampiran

AMALI PENULISAN ILMIAH

Mengenalpasti isu

Satu isu merupakan satu hasil daripada sesuatu peristiwa yang telah wujud dan mempunyai satu impak positif atau negatif kepada sesuatu program dan seharusnya dianalisis

Tajuk

1. Tajuk  tersebut ada manfaatnya dan layak dibahas;
2. Tajuk tersebut cukup menarik terutama bagi penulis;
3. Tajuk tersebut dikenal baik oleh penulis;
4. Tajuk tersebut mempunyai bahan pendukung penulisan dan boleh diperoleh serta cukup


Tinjauan literatur

Setiap kegiatan ilmiah, khususnya penulisan karya ilmiah selalu dimulai dengan tinjauan literatur atau lazim juga disebut kajian kepustakaan. Literatur yang dicari dan dipelajari tentunya mengenai subjek yang telah ditentukan sebagai topik penulisan. Tinjauan boleh dilakukan terhadap bahan ilmiah seperti buku, jurnal,  artikel, kertas projek, tesis, disertasi, esei ilmiah dan lain-lain.



Latihan Penulisan
1.      Tajuk bebas
2.      Mengikut format penulisan ilmiah
3.      Latihan penulisan ilmiah dilaksanakan selama 3 minggu
4.      Terhad 3 muka surat / 700 patah perkataan

Pembentangan

1.      Menggunakan Power Point
2.      Persembahan berkesan
a.       Latar belakang
b.      Tulisan / penggunaan huruf
c.       Warna tulisan




No comments: